tamantemasik

Wednesday, March 22, 2006

SOALAN-SOALAN KARANGAN

SEKOLAH MENENGAH SIGLAP
BAHASA MELAYU
MENENGAH 4E 5N 4N’O’

ISU KEKELUARGAAN

1 Ibu bapa yang bekerja tidak dapat memberikan bimbingan dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Berikan pendapat kamu.

2 Ibu bapa yang sibuk bekerja merupakan punca utama kenakalan remaja. Bincangkan.

3 Pengaruh rakan sebaya sering dianggap sebagai punca remaja terlibat dalam masalah sosial. Berikan pendapat kamu.

4 Remaja hari ini lebih terdedah kepada gejala-gejala kurang sihat. Media massa dikatakan sebagai punca utama. Bincangkan.

5 Kebelakangan ini, ramai remaja terlibat dalam kes-kes jenayah. Bincangkan bagaimana hal ini boleh berlaku dan cara-cara mengatasi masalah tersebut.

6 ‘Remaja hari ini lebih banyak meluangkan masa bersama teman-teman daripada keluarga.’ Bincangkan.

7 Ciri-ciri keluarga bahagia. Bincangkan.

8 Satu peristiwa yang merapatkan hubungan kekeluargaan kamu.

9 Kamu sekeluarga telah berkesempatan mengunjungi sebuah pesta `Hari Keluarga’ yang dianjurkan oleh jawatankuasa penduduk di estet kejiranan kamu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan acara tersebut. Ceritakan pengalaman dan perasaan kamu.

10 Baik buruknya pengaruh budaya barat terhadap remaja kita pada masa kini. Bincangkan.
ISU PENDIDIKAN

11 Banyak sekolah di Singapura telah menganjurkan darmawisata ke negara-negara jiran. Terangkan bagaimana pihak sekolah kamu merancangkan kegiatan tersebut dan faedah-faedah yang diperolehi oleh para pesertanya.

12 Pelajar kurang motivasi semakin bertambah bilangannya. Terangkan punca-punca yang boleh menyebabkan pelajar tidak bermotivasi dan sarankan cara-cara menangani gejala ini.

13 Kelas-kelas tambahan dan tuisyen telah memanfaatkan para pelajar terutama mereka yang akan menduduki peperiksaan peringkat nasional. Setujukah kamu dengan pernyataan ini

14 Kamu merupakan seorang sukarelawan yang membantu anak-anak yatim piatu dalam pelajaran mereka pada setiap hujung minggu. Ceritakan pengalaman serta perasaan kamu sewaktu menyumbangkan bakti kepada golongan yang kurang bernasib baik itu.

15 Sistem pendidikan hari ini lebih menitikberatkan pembelajaran secara holistik daripada pencapaian akademik semata-mata. Setujukah kamu dengan pendapat ini.

16 Sebagai pelajar tahun akhir yang bakal menduduki Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’, ke manakah arah tujuan kamu selepas ini dan mengapakah kamu membuat pilihan sedemikian?

17 Masalah disiplin di kalangan pelajar bermula daripada rumah. Bincangkan.

18 Zaman remaja penuh dengan pengalaman pahit manisnya. Ceritakan pengalaman pahit manis kamu yang telah merubah kehidupan kamu masa kini.


ISU KEMASYARAKATAN

19 Kamu telah ditimpa kesusahan gara-gara ingin membantu teman kamu. Ceritakan pengalaman kamu itu.

20 Baru-baru ini bencana alam seperti taufan dan ombak tsunami telah melanda beberapa buah negara di dunia. Terangkan apa yang tidak dapat kamu lakukan untuk membantu mangsa-manga bencana alam tersebut.

21 Kamu berjaya membantu seseorang mengubah hala hidupnya. Ceritakan bagaimana kamu melakukannya.

22 Kamu merupakan seorang sukarelawan yang membantu golongan tua. Ceritakan pengalaman serta perasaan kamu sewaktu menyumbangkan bakti kepada golongan yang kurang bernasib baik itu.

23 Pengalaman kamu membuat kerja amal


ISU KENEGARAAN

24 Pada masa sekarang, pemerintah Singapura menggalakkan setiap keluarga mempunyai ramai anak. Berikan pendapat kamu.

25 Tugas dan tanggungjawab kaum wanita hari ini lebih mencabar daripada kaum lelaki. Bincangkan.

26 Ceritakan pengalaman kamu ketika menghadiri suatu sambutan perayaan teman kamu yang berlainan bangsa.

27 Keharmonian kaum merupakan faktor penting dalam menjana perpaduan bagi sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seperti Singapura. Sejauh manakah kenyataan itu benar. Jelaskan mengapakah dan huraikan.

28 Masyarakat Singapura adalah masyarakat yang penyayang. Berikan pendapat kamu.

29 Cadangan pihak pemerintah untuk mengeluarkan perintah larangan bagi merokok di tempat-tempat awam serta meluaskan pengharaman menghisap rokok di tempat-tempat awam merupakan satu cadangan yang baik. Bincangkan.

30 Bincangkan kesan-kesan kehadiran pekerja-pekerja asingdi Singapura.

31 Berikan pendapat kamu mengenai baik dan buruknya menggajikan pembantu rumah.

32 Air adalah satu keperluan hidup yang amat penting bagi rakyat
Singapura. Setujukah kamu dengan pendapat ini?

33 Rancangan-rancangan televisyen dalam bahasa Melayu boleh dipertingkatkan lagi. Berikan cadangan-cadangan kamu untuk mempertingkatkan kualiti rancangan Melayu di saluran Suria.

34 Singapura adalah sebuah negara yang berbilang bangsa dan budaya. Tuliskan satu pesta budaya yang pernah kamu saksikan. Nyatakan suasana dan perasaan kamu semasa upacara itu berlangsung.


ISU BEBAS

35 Perkara-perkara yang kamu lihat semasa menaiki pengangkutan awam pada hari-hari biasa

36 Satu percutian yang berakhir dengan tragedi yang menyedihkan. Ceritakan peristiwa itu. Nyatakan kesannya terhadap diri kamu.

37 Kegagalan yang pernah kamu alami telah membuat kamu lebih
matang dan merubah hidup kamu. Ceritakan pengalaman kamu itu.

38 Terangkan pengalaman dan perasaan kamu menghadapi kejadian yang tidak disangka-sangka
39 Kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit kepada para remaja. Bincangkan.

40 Makan di luar lebih baik daripada makan di rumah. Bincangkan.

41 Pada suatu pagi ketika kamu berada dalam sebuah pengangkutan awam yang penuh sesak dengan penumpang, kamu telah menyaksikan suatu kejadian seluk saku. Ceritakan peristiwa itu.

42 Kamu pernah terlibat dalam suatu usaha mendamaikan pergaduhan yang pernah berlaku di antara kedua rakan kamu. Ceritakan pengalaman kamu itu.

43 Cara-cara memupuk semangat keusahawanan di kalangan para pelajar.

44 Penguasaan bahasa Melayu pelajar-pelajar sekarang semakin merosot dengan adanya penekanan kepada bahasa Inggeris. Berikan langkah-langkah yang sesuai bagaimana pelajar-pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu mereka.

45 Mengamalkan gaya hidup sihat.

46 Kita sering membaca di akhbar, kisah warga tua yang ditipu atau dirompak. Mengapakah golongan warga tua ini sering menjadi mangsa jenayah dan bagaimanakah mereka dapat mengelakkan atau menjauhkan diri daripada menjadi sasaran penjenayah?

47 Lawatan sambil belajar ke rumah-rumah ibadat yang terdapat di Singapura.

48 Ceritakan pengalaman kamu menghadiri satu perkhemahan.

49 Sumbangan saya kepada negara.

50 Saya cintakan kedamaian dan bencikan peperangan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home